Friday 3 May 2013

Alhamdulillah . berniat untuk berubah .

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah , dengan izin Allah .. aku dan wan berniat untuk berubah ke jalan Allah . Tetapi kami masih dalam proses untuk berubah .. Slow slow kami akan cuba tidak mengulangi kesalahan dahulu . :') . Kami perlu perbaiki lagi sikap kami , perlukan bimbingan , sokongan dari rakan2 dan keluarga .

Alhamdulillah , daripada dulu aku tak berhijab , kini aku berhijab . daripada dulu solat tak cukup kini alhamdulillah cukup dan insyallah terus cukup lima waktu , dulu tudung singkat sekarang tudung dah panjang sikit . dulu bermaskara eye liner bagai sekarang tak pakai sangat dah . yelah , biar kecantikan itu nampak semula jadi and nampak seri wudhuk itu :)

Tapi aku perlu perbaiki banyak lagi dalam diri aku  like , pakai stokin , baju longgar , seluar tak ketat  . Btw , teringin sangat nak beli Al-quran kecil supaya senang nak bawak and senang nak baca dalam kereta . :) sekarang nak fokus pada SPM tapi still ada lagi sifat MALAS tu . haihh .. macam mana lah nak buang sifat malas tu eh . haha . Now, nak jaga kata2 . nak cakap benda yang baik je . Tak nak lagi ada musuh musuh and gaduh2 . insyallah .

Aku sedar diri nie pun atas berkat Ustazah Wan Roselinda yang mengajar agama kelas aku . Cara dia bercakap membuat kan ramai yang sedar kesalahan diri .. Subhanallah .. Insyallah . aku jadikan ustazah idola aku . setiap kata kata ustazah bermakna dan bermanfaat bagi aku . Tapi masalah nya , kerja dia pun aku still tak hantar lagi .. Hmm berhutang lah aku jawab nya . Tapi insyallah aku akan hantar secepat mungkin .

untuk berubah , aku perlu banyak membaca untuk mengetahui tentang islam .. Dan sentiasa fikir tentang mati kerana fikir tentang mati lah cara yang terbaik untuk kita ingat Allah , takut pada Allah , takut pada azab Allah . macam yang semua tahu , Nabi Muhammad s.a.w  yang tiada dosa langsung meninggal dunia teramat lah sakit apatah lagi kita yang terlampau banyak dosa .. subhanallah .. :( . Aku masih tak cukup amalan untuk masuk ke syurga .. Aku amat takut dengan 'neraka' kalaulah kita dibenarkan lihat neraka pada zaman ini mesti tiada sorang pun yang berani buat dosa . Masyallah .


Thats all for today .. 

No comments:

Post a Comment