Sunday 23 December 2012

Buat Adam dari Hawa ..


Assalamualaikum,





Adam,


Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya
dari kaummu di akhir zaman.
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia ,
 kacau bilaulah suasana ,
 Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa . 
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu cicitnya . 
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang undang Allah yang mengharuskan
 Adam beristeri lebih dari satu
 tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu .




Dari Hawa,


Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu . 
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok .
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu ,
 sentiasa mahu terpesong dari landasan ,
kerana aku buruan syaitan .


No comments:

Post a Comment